2011-03-30

Cuba nak didik hati supaya kurang marah. Tapi.....


Aku kat office....secara officialnya adalah seorang Eksekutif Post Fixture.

Tapi.....seperti di mana-mana company kecil....kerja aku tidak hanya melibatkan kerja-kerja Post Fixture sahaja.

Aku laa Admin..
Aku laa Operations Assistant..
Aku laa Technical Assistant..
Aku laa receptionist..
Aku laa Purchasing Officer..
Aku laa manusia IT..


Dan oleh kerana aku ada sijil menjahanamkan komputer, maka aku selalu laa dipanggil oleh bos & orang-orang lain kat office tu bila derang ada masalah dengan komputer.

Nak dijadikan cerita....tadi....aku dipanggil oleh PA Puan Boss ke atas. Katanya monitor Puan Boss tak menyala. So aku dengan ada rungutan dalam hati ikhlasnya pegi aa naik atas nak membetulkan komputer dia.

Setelah digodek-godek kenapa komputernya tak menyala.....dapat laa aku kesan apa masalahnya.

Nak tau apa masalahnya????

PLUG KE POWER SUPPLY LONGGAR.

Adoyaiiiiiiiiiii.......memang aa tak menyala komputer tuhhh kannn. Kecik punya hal...yang bole setel sendiri pon...nak panggil aku.

Itu hari ni punya kes.



Hari tu punya kes....lagi best. Ada akak office ni interkom aku mintak tengokkan komputer dia. Katanya takde internet connection. Padahal kat PC aku ada. So aku naik laa atas tengok. Puas godek kenapa laa tak bole bukak internet kat Google Chrome dia. Siap call Anne tanya camne nak buat. Dah try semua benda....

Reboot. Ping website. Tukar setting TCP/IP. Disconnect/Connect to the network.

Last attempt....aku try bukak website guna IE. Boleh pulak.

So aku bagitau laa dengan akak office tu. Bukan takde internet. Cuma Google Chrome dia yang crash. So aku suruh dia bukak email dia guna IE.

Tau dia jawab apa???

OWHH....AKAK TAU. MEMANG ADA BUKAK EMAIL KAT IE TADI. TAPI LA NIE NAK BUKAK KAT CHROME PULAK.






Rasa-rasa......patut tak aku terajang jekk derang² ni seme???


4 orang cerita:

ber_u_wang said...

cik fara ... macam mana nak tukar acer jadi apple...

moment said...

hoho klu aku, mmg sound terus la beb! hehe

sahaini ahmad safian said...

fara! kenapa laptop aku tak laju macam cik mek kamu? datang sini check kejap... TQ

Uchi kay-f @hmad said...

bhahaha...buta kayu ..

adoyai lucu bce e3 awk ni....