
image by insidesocal
Tadi........waktu balik kerja, aku ternampak pelangi.
Cantik....
Buat aku teringat waktu aku kecik dulu....
..
..
..
..
..
..
"Jangan tunjuk pelangi dengan jari telunjuk. Nanti kudung.."
"Cuba tengok pelangi tu......orang kata, di hujung pelangi itu ada emas satu belanga yang dijaga oleh manusia kerdil (bila dewasa baru tau nama manusia kerdil tu ----> Leprechaun). Tapi tak semua orang boleh jumpa. Hanya mereka yang berniat baik sahaja."
Dulu.....punyalah takut jari kudung kalau tunjuk pelangi dengan jari telunjuk.
Dulu....punyalah berangan mahu mencari hujung pelangi supaya berjumpa dengan emas sebelanga.
Tapi rupanya...itu semua metafora belaka. Yang punya maksud disebaliknya.
Indahnya manusia dahulu.....
Kerana tidak mahu anak itu berlaku kurang sopan dengan menunjuk-nunjuk kepada sesuatu...dikatanya jari akan kudung.
Kerana tidak mahu anak itu memiliki prasangka dan nawaitu yang bahaya.......diajarnya supaya punya niat yang baik untuk mendapat sesuatu yang berharga.
Dan sekarang.......bolehkah anak-anak kita diajar sedemikian rupa? Silap-silap......kita diajarnya kembali. Tentang konsep pembentukan pelangi. Dan betapa irrelevantnya statement bahawa pelangi boleh membuat manusia hilang jari.
Ahhh....betapa cantiknya pelangi....


1 orang cerita:
bolehlah letak sticker pelangi kat abang PE
Post a Comment